Tafsir Bil Ma’thur

Tafsir Bil Ma’thur 

Tafsir bi al-ma’thur ialah tafsir yang berdasarkan al-Quran atau riwayat yang sahih iaitu tafsir al-Quran dengan al-Quran, al-Quran dengan As-Sunnah, perkataan sahabat atau dengan pendapat tokoh-tokoh besar tabi’in.

Kenapa boleh tafsir dengan perkataan sahabat? Kerana sahabatlah yang paling mengetahui Kitabullah. Kenapa boleh juga ditafsir dengan pendapat tokoh-tokoh besar tabi’in? Kerana pada amnya mereka menerimanya daripada para sahabat.

Metode tafsir ini harus diikuti dan dijadikan pedoman dalam mentafsirkan al-Quran kerana ia merupakan cara yang paling selamat dalam memahami kitab Allah. Ibnu Abbas berkata terdapat empat corak tafsir: 
1.   Tafsir yang dapat diketahui oleh orang Arab melalui bahasa mereka iaitu tafsir yang merujuk kepada ungkapan kata mereka melalui penjelasan bahasa.
2.  Tafsir yang diketahui oleh orang ramai iaitu tafsir mengenai ayat yang maknanya mudah difahami.
3.     Tafsir yang hanya boleh diketahui oleh para ulama iaitu tafsir yang merujuk kepada ijtihad yang didasarkan kepada bukti-bukti dan dalil-dalil dengan sejumlah ilmu yang berkait seperti penjelasan ayat atau perkataan yang belum jelas maknanya, pengkhususan ayat-ayat yang am dan sebagainya.
4.      Tafsir yang sama sekali idak mungkin diketahui oleh siapapun selain Allah s.w.t. Tafsir ini berkaitan perkara-perkara ghaib seperti bila berlakunya kiamat, hakikat roh dan sebagainya. 






Ulasan