Tafsir al-Quran al-Azim


Penulis kitab ini adalah Imaduddin Abu Fida’ Ismail Bin Amr Bin kathir. Belia ialah seorang imam besar dan hafiz al-Quran. Kitab Tafsir al-Quran al-Azim atau lebih dikenali sebagai Tafsir Ibnu Kathir terkenal dengan menggunakan pendekatan tafsir bil ma’thur. Dalam kitab tafsir ini, Ibnu Khathir menggunakan hadith dan riwayat ilmu jarh wa ta’dil. Beliau melakukan perbandingan pelbagai pendapat lalu memilih pendapat yang kuat dan sahih.
            Kitab ini sering memberi amaran ke atas riwayat-riwayat yang terbabit dalam periwayatan israiliyat yang banyak terdapat dalam kitab tafsir bil ma’thur dan mendedahkan masalah-masalah hukum yang ada dalam pelbagai mazhab. Ini menjadikan kitab ini istimewa. 


Ulasan