Jami’ al-Bayan fi Tafsir al-Quran



Penulis kitab ini ialah Abu Jaafar Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir ibnu Ghalib al-Tabari yang lebih dikenali sebagai Ibnu Jarir at-Tabari. Beliau meninggal pada 310 Hijrah. Beliau merupakan seorang tokoh tafsir yang sangat terkenal dan menguasai banyak disiplin ilmu. 
            Kitab ini mempunyai 30 jilid yang bersaiz besar. Kitab ini pernah hilang namun ditakdirkan muncul kembali apabila dijumpai satu sakah yang disimpan oleh Amir Hammud Bin Abdurrasyid, seorang penguasa Nejd. Setelah itu, kitab ini diterbit dan tersebar secara luas sehingga sampai ketangan kita pada hari ini. Kitab Tafsir ini merupakan kitab tafsir yang tertua yang sampai kepada kita.
            Metode yang digunakan oleh kitab ini adalah mentafsirkan sesuatu ayat berdasarkan pendapat sahabat dan tabi’in yang diriwayatkan secara lengkap iaitu dengan menggunakan metode tafsir bil ma’thur. Beliau juga membandingkan di antara riwayat dan memilih riwayat yang paling sesuai dan tepat. Pendekatan bahasa juga diguna jika dianggap perlu.



Ulasan