Ulama telah menggariskan syarat-syarat
bagi sesorang unutk menjadi seorang mufasir. Berikut adalah syarat bagi
mufasir:
1.
Beri’tiqad dengan aqidah yang lurus kerana aqidah
memainkan peranan penting terhadap diri seseorang. Aqidah yang tidak benar sering
mendorong seseorang mengubah nas-nas dan tidak jujur dalam penyampaian berita.
2.
Bersih daripada hawa nafsu kerana hawa nafsu akan
mendorong seseorang untuk membela kepentingan diri, bangsa dan mazhabnya.
3.
Mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran terlebih
dahulu kerana sesuatu yang bersifat am di satu tempat telah dikhaskan di tempat
yang lain dan sesuatu dikemukakan secara ringkas di satu tempat telah pun
dihuraikan di tempat lain.
4.
Mencari penafsiran daripada sunnah kerena sunnah berfungsi sebagai pentafsir dan
penjelas al-Quran.
5.
Melihat pandangan sahabat setelah tidak mendapati
tafsiran dalam al-Quran dan sunnah kerana mereka lebih mengetahui tentang
tafsiran sesuatu ayat. Mereka menerima ayat al-Quran secara langsung daripada
Nabi s.a.w.
6.
Merujuk pendapat tabi’in jika tidak mendapati
tafsiran daripada al-Quran sunnah dan pandangan sahabat kerana ada di antara
tabi’in yang menerima seluruh pentafsiran daripada sahabat.
7.
Menguasai bahasa arab kerana al-Quran diturunkan
dalam bahasa Arab. Seseorang itu perlu menguasai tiga asas ilmu bahasa arab
iaitu nahu, soraf dan balghah.
8.
Menguasai asas-asas ilmu yang berkaitan rapat
dengan al-Quran seperti ilmu qira’ah.
9.
Pemahaman yang cermat. Mufasir dapat mengukuhkan
sesuatu makna atas yang lain atau menyimpulkan
makna yang selari dengan nas-nas syariat.
Ulasan
Catat Ulasan