Apakah itu Ilmu Tafsir al-Quran

Apakah itu Ilmu Tafsir al-Quran 


Tafsir menurut bahasa adalah berasal dari perkataan al-fars mendedahkan, menyingkap dan  menerangkan makna-makna rasional. Dalam Lisan al-‘Arabi dinyatakan al-fars bererti menyingkap sesuatu yang tertutup. Sebahagian ulama berpendapat, tafsir adalah kata kerja yang berasal daripada perkataan safara yang juga bermaksud menyingkap. Menurtu ar-Riqab, kedua-dua perkataan ini mempunyai makna dan lafaz yang berdekatan tetapi perkataan al-fars menunjuk erti menzahirakan makna yang tidak nampak manakala perkataan al-safr menunjuk erti menampakkan benda kepada penglihatan mata. 

Menurut istilah pula, Abu Hayyan mendefinisikan tafsir sebagai ilmu yang membahas mengenai cara pengucapan lafaz-lafaz  al-Quran, petunjuk-petunjunya, masalah hukum-hukumnya sama ada yang berdiri sendiri mahupun yang berhubungkait denga yang lain serta tentang makna-maknanya yang berhubung rapat dengan kondisi lafaz yang menyempurnakannya.

Selain itu, az-Zakasyi berpendapat bahawa tafsir adalah ilmu untuk memahami kitabullah yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w, menerangkan makna-maknanya serta mengeluarkan hukum dan hikmah-hikmahya.




Ulasan

  1. Harrah's Resort Southern California - Mapyro
    Find your way around the casino, find 대전광역 출장샵 the 김제 출장안마 best welcome bonuses, and find 의정부 출장마사지 ways to play in 경상남도 출장샵 one 아산 출장샵 of 1088 spacious hotel rooms, suites & more.

    BalasPadam

Catat Ulasan